BAHAGIAN-BAHAGIAN KAYAK

 blogspot blogspot


Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. disini saya paparkan sedikit penerang mengenai anatomi kayak.

 Bucu hadapan & bucu belakang (bow & stern)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern  pula ialah bahagian belakang kayak. kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.

ü                     Gunwale line / painter line
Ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

ü                      Hull
Ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.

ü              Deck (geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".

ü                       Cockpit (ruang tempat duduk)
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.

ü                        Seat (tempat duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu standard ( bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana ( biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk arus deras) dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan.

ü                         Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang(Stern).

ü                          Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

ü                          Knee brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya pendayung lebih kuat terhadap perahu.
ü   
               Towline / deckline
Townline/deckline ialah tali diikatkan di hujung kayak ( bow) dan bahagian belakang (stern) Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu ( tunda).

ü                          Keel
Terletak dibawah geledak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

ü                         Buoyancy
bouyangcy adalah bahan apungan yang terltak di bawah deck dan bahagia depan (bow) dan deck bahagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.
  .
ü                         Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

ü         deck eye / eye cleat
Deck eye / eye cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.

ü        Eye pit
Eye pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

ü         Hatch
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

ü           Back starp
        Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung

0 Komentar untuk "BAHAGIAN-BAHAGIAN KAYAK"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info