Biodata Ringkas Fadzil Zahari

Biodata Ringkas Fadzil ZahariBiodata ringkas Fadzil Zahari. Sejak sah menjadi suami kepada Yana Samsudin, nama beliau mula menjadi carian penting pembaca di enjin carian Google. Mungkin ada lagi yang tercari-cari siapa sebenarnya jejaka tampan berkulit cerah ini kot..

Sekali pandang mungkin ada akan nampak wajah Farid Kamil, dua kali pandang mungkin lain tapi ternyata beliau adalah adik kepada pelakon tanah air, Farid Kamil.

Nama sebenar empunya diri ini adalah Fadzil Bahri bin Zahari dan dilahirkan pada 4/8/1983. So nak tahu umur beliau tahun 2015, sila kira sendiri ye.

Anak Kelahiran Negeri Kedah

Anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah yang berbakat besar ini, juga peminat setia kepada pelakon Stephen Chow dan menjadikan 'dia' sebagai idolanya. Fadzil juga adalah anak kedua dari lima adik-bradik, dan merupakan bekas pelajar Universiti Malaya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Eh... sama pula kita kan..huhu

Biodata Ringkas Fadzil Zahari

Jejaka berusia 32 tahun ini memulakan kerjayanya dalam bidang seni tanah air apabila mula bekerja sebagai pembantu peribadi kepada abangnya Farid Kamil iaitu tahun 2017. 

Dari situlah, Fadzil mula berjinak-jinak dalam menulis skrip bagi filem "Kongsi" dan juga "Bini-biniku Gengster". Dari penulis skrip terbang ke dunia lakonan. Huh! dah lama rupanya, tahun 2010 baru la beliau mula dikaitkan dengan Yana Samsudin, kononnya mereka ini pasangan kekasih, dan pernah berjumpa keluarga Yana sekitar tahun itu. 

Jom lihat - 10 Foto Pernikahan Fadzil Zahari & Yana Samsudin.

Biodata Ringkas Fadzil Zahari

Bakat yang ada pada Farid, turut ada pada Fadzil. Jadi tak hairan kalau kedua-dua jejaka ini memang terserlah bakat mereka dalam dunia lakonan. Lihat saja, keratan akhbar di atas, Farid sangat menyokong minat adiknya ketika itu.

Apa pun tahniah buat Fadzil Zahari dan Yana Samsudin, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

0 Komentar untuk "Biodata Ringkas Fadzil Zahari"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info