Penyumbang Trafik Tertinggi Blog

Penyumbang Trafik Tertinggi BlogPenyumbang trafik tertinggi blog. Sasaran utama penulisan blog adalah pembaca. Tipulah, jika aku katakan entri ini diterbitkan bukan untuk dibaca.

Begitu juga dengan pencapaian dan tahap populariti sesebuah blog datangnya dari pembaca. Jika dahulu, ianya diukur dengan bilangan pengikut yang ramai serta jumlah uniques yang banyak. Tetapi hari ini, mereka yang berjaya berada di top 10 ranking carian Google dalam peraduan SEO. Cukup mudah untuk mendapat pageviews yang tinggi dan peminat tersendiri.

Nampak macam mudah, tetapi sebenarnya susah untuk menempatkan sesuatu entri itu di dihalaman pertama carian Google. Bila mana, entri seorang itu berjaya berada di halaman pertama enjin carian, maka dia akan diangkat sebagai sifu SEO. Beruntungkan? 

Penyumbang Trafik Tertinggi Blog
Penyumbang Trafik Tertinggi Blog

Daripada paparan di atas, penyumbang trafik tertinggi datangnya dari carian Google. Mungkin ada pula yang tertanya-tanya apa pula bezanya http dengan https ini kan?

Okep! Http dan Https ini adalah singkatan kepada Hypertext Transport Protocol, bila protocol ini ditambah dengan 'S' maksudnya "secure" iaitu selamat.  Jadi, jika anda membuka mana-mana browser pastikan ianya keluar seperti ini https://, terutama ketika anda memasukkan data peribadi anda. Takut-takut data anda dilihat orang lain.

Selain anda menjadikan template mesra seo, dan penambaikan meta tag dan sebagai. Kualiti entri dan penggunaan keyword faktor penyumbang trafik blog dan kedudukan blog di carian google.  

Yang perlu anda terapkan, terbitkan artikel yang menjadi carian pembaca, bukan apa yang kita nak baca. Hah! itulah antara tip-tip yang disampaikan sifu blogger untuk aku. Apa pun terima kasih sudi membaca entri ini ye.

0 Komentar untuk "Penyumbang Trafik Tertinggi Blog"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info