Sinopsis Filem Nota Full Movie 2015

Sinopsis filem Nota full movie 2015. Filem terbaru 2015 lakonan Maya Karim dan Han Isaac berjudul Nota merupakan sebuah filem arahan Yasu Tanaka (penganalisis script di Hollywood dan Jepun). Filem ini bergendre "phychological thriller’, misteri dan jenayah.

Yang mana mempunyai masalah lemah semangat, mohon tonton beramai-ramai ye.

Sinopsis Filem Nota Full Movie 2015

Sinopsis Filem Nota Full Movie 2015

Filem ini mengisahkan....

Kamal (Han Isaac) dan Erin (Maya Karim) adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.

Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal.

Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya. Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Baku.

Apa yang terjadi selepas itu??

Video Filem Nota Full Movie 2015




Selamat menonton.

0 Komentar untuk "Sinopsis Filem Nota Full Movie 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info